Tuesday, 22 November 2011

Bagai layang-layang putus tali.

Maksud : Hidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan.

Contoh ayat : Sejak kedua orang tuanya meninggal dunia, hidup Asmah tidak ubah bagai layang-layang putus tali.

Bagai kunyit dengan kapur.

Maksud : Gandingan yang sesuai dan sepadan.

Contoh ayat : Gandingan Faiz dan Farhan sebagai ketua dan penolong ketua kampung dianggap bagai kunyit dengan kapur, kerana kedua mereka berjiwa rakyat.

Bagai kucing kehilangan anak.

Maksud : Orang yang berada dalam keadaan binggung atau hilang akal.

Contoh ayat : Udin bagai kucing kehilangan anak apabila mendapat tahu keretanya hilang.

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.

Maksud : Kehidupan seseorang yang sentiasa susah dan menderita.

Contoh ayat : Sejak putus mata pencariannya hidup Pak Bakar tidak ubah bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.

Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Maksud : Melepaskan apa yang ada semata-mata hendak mengejar keuntungan yang lebih besar, tetapi akhirnya mengalami kerugian.

Contoh ayat : Tindakan Ismail berhenti kerja sebelum ditawarkan pekerjaan baru tidak ubah ibarat mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan.

Bagai kain tiga hasta.

Maksud : Orang miskin yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak mencukupi.

Contoh ayat : Orang miskin itu sentiasa hidup dalam serba kekurangan bagai kain tiga hasta.