Thursday, 8 December 2011

LATIHAN 2.

Buat ayat dengan menggunakan perumpaan yang diberi.

1. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Ayat : .............................................................................................................................................


2. Bagai musang berbulu ayam.

Ayat : ............................................................................................................................................


3. Bagai kucing kehilangan anak.

Ayat : .............................................................................................................................................


4. Bagai hempedu lekat di hati.

Ayat : .............................................................................................................................................


5. Bagai halilintar membelah bumi.

Ayat : ..............................................................................................................................................

LATIHAN 1.

Berikan maksud perumpaan berikut :-

1. Harapkan pagar, pagar makan pagi.

Maksud : ...............................................................................................................................................


2. Bagai musang berbulu ayam.

Maksud : ...............................................................................................................................................


3. Bagai kucing kehilangan anak.

Maksud : ...............................................................................................................................................


4. Bagai hempedu lekat di hati.

Maksud : ................................................................................................................................................


5. Bagai halilintar membelah bumi.

Maksud : ................................................................................................................................................

Wednesday, 30 November 2011

CONTOH PENGGUNAAN PERUMPAMAAN DALAM PENULISAN.

    Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada yang Berusaha Guru Besar dan barisan Penolong Kanan, Penal Hakim penegak keadilan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Saya akan menyampaikan syaharan yang bertajuk "Faedah Membaca."

Warga dewan yang saya hormati,

     Amalan membaca banyak faedahnya. Membaca akan menambahlkan pengetahuan kita. Misalnya dengan membaca surat khabar, kita akan mengetahui pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam dan juga di luar negara. Justeru, tidaklah kita menjadi seperi "katak di bawah tempurung."

     Aktiviti membaca juga dapat meningkatkan mutu penulisan. Daripada bahan bacaan, pelbagai perbendaharaan kata akan kita temukan dan kita boleh menggunakannya semasa menulis. Oleh itu, karangan kita akan menjadi lebih menarik.

Rakan-rakan yang saya kasihi,

     Amalan membaca juga dapat memenuhi masa lapang. Jika kita rajin membaca, kita tidak terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik. Sebagai pelajar, kita perlu menjadi ulat buku untuk menambah pengetahuan kita.

    Di samping itu, mambaca juga membolehkan kita berhibur. Biasanya dalam majalah terdapat kisah yang mencuit hati. Oleh itu dengan membaca bahan-bahan sebegini kita akan terhibur dan fikiran kita menjadi lapang.

Hadirin yang saya hormati,

    Bacalah buku untuk meluaskan pengetahuan. Sesungguhnya terdapat pelbagai ilmu di dalam buku. Membaca akan dapat menguasai dunia. Sekian syarahan saya. Terima kasih.

CONTOH PENGGUNAAN PERUMPAMAAN DALAM PENULISAN.

Laporan Hari Kantin
Sekolah Kebangsaan Jalan Reko.

     Sekolah Kebangsaan Jalan Reko memerlukan peruntukan untuk melengkapkan bahan-bahan bacaan di Pusat Sumbernya.Sehubungan dengan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, sekolah tersebut telah bersetuju mengadakan Hari Kantin untuk mengumpulkan wang bagi tujuan tersebut. Hari Kantin itu diadakan pada hari Sabtu yang lalu. 

    Seminggu sebelum itu, murid-murid dan guru-guru giat mengadakan promosi di luar sekolah. Kain rentang memenuhi pagar-pagar sekolah manalaka poster-poster ditampal di tempat-tempat awam. 

   Tujuh buah gerai telah dibuka pada hari tersebut. Antaranya termasuklah gerai makanan, gerai minuman, gerai buah-buahan dan gerai makanan ringan. Terdapat juga gerai jualan lambak seperti menjual cakera padat, pakaian dan majalah-majalah lama. 

   Orang ramai membanjiri majlis itu. Mereka berbelanja menggunakan kupon RM1.00, RM2.00 dan RM5.00. Semua makanan dan barangan dijual pada harga mati. Guru-guru dan murid-murid bertungkus lumus menjalankan tugas masing-masing pada hari tersebut. Mereka "bagaikan aur dengan tebing" dalam menjayakan Hari Kantin tersebut.      

   Hari Kantin itu berakhir pada jam 5 petang. Selepas Hari Kantin itu tamat, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru bergotong-royong membersihkan kawasan padang sekolah yang dijadikan tapak gerai. Walaupun penat, mereka tetap gembira. Hal ini demikian kerana, usaha mereka telah menghasikan pulanganyang agak lumayan. Hasrat mereka untuk mengumpulkan wang bagi melerkapkan bahan-bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah tersebut telah tercapai.

Sekian, terima kasih.

Dilaporkan oleh,                                                                         22 FEBRUARI 2011



(ZAMANI BIN JOHARI)
Setiausaha Hari Kantin 2011
SK Jalan Reko

Wednesday, 23 November 2011

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Maksud : Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.

Contoh ayat : Kejadian seorang pegawai penguatkuasa ditangkap kerana pecah masuk ke dalam sebuah bangunan yang berada di bawah kawalannya itu bolehlah disifatkan sebagai harapkan pagar, pagar makan padi.



video



Yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.

Maksud : Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

Contoh ayat : Siti mengeluarkan semua simpanannya dan melaburkannya di skim cepat kaya, akhirnya dia ditipu bagai yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran.



video

Bagai musang berbulu ayam.

Maksud : Orang jahat yang berpura-pura baik.
Contoh ayat : "Kita perlu berhati-hati dengan orang yang kita tidak kenali. Mungkin mereka bagai musang berbulu ayam." nasihat Tok Aki kepada cucu-cucunya.

video
 

Berehat sebentar.



video

Dengar lagu kanak-kanak ini dulu.....


Tuesday, 22 November 2011

Bagai layang-layang putus tali.

Maksud : Hidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan.

Contoh ayat : Sejak kedua orang tuanya meninggal dunia, hidup Asmah tidak ubah bagai layang-layang putus tali.

Bagai kunyit dengan kapur.

Maksud : Gandingan yang sesuai dan sepadan.

Contoh ayat : Gandingan Faiz dan Farhan sebagai ketua dan penolong ketua kampung dianggap bagai kunyit dengan kapur, kerana kedua mereka berjiwa rakyat.

Bagai kucing kehilangan anak.

Maksud : Orang yang berada dalam keadaan binggung atau hilang akal.

Contoh ayat : Udin bagai kucing kehilangan anak apabila mendapat tahu keretanya hilang.

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.

Maksud : Kehidupan seseorang yang sentiasa susah dan menderita.

Contoh ayat : Sejak putus mata pencariannya hidup Pak Bakar tidak ubah bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.

Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Maksud : Melepaskan apa yang ada semata-mata hendak mengejar keuntungan yang lebih besar, tetapi akhirnya mengalami kerugian.

Contoh ayat : Tindakan Ismail berhenti kerja sebelum ditawarkan pekerjaan baru tidak ubah ibarat mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan.

video

Bagai kain tiga hasta.

Maksud : Orang miskin yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak mencukupi.

Contoh ayat : Orang miskin itu sentiasa hidup dalam serba kekurangan bagai kain tiga hasta.

Bagai kacang direbus satu.

Maksud : Melonjak-lonjak kegembiraan.

Contoh ayat : Fauzan dan rakan-rakannya bagai kacang direbus satu apabila mendapat tahu pasukan Malaysia berjaya menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan bola sepak d Kejohanan Sukan Asia Tengara.

Bagai hujan berbalik ke langit.

Maksud : Orang kaya meminta pertolongan daripada orang miskin.

Contah ayat : Walaupn Pak Abu seorang yang kaya, tetapi dia masih meminta pertolongan daripada orang miskin di kampungnya.

Bagai hempedu lekat di hati.

Maksud : Perhubungan seseorang yang sangat rapat dan akrab.

Contoh ayat : Walaupun Samad sudah lama berpindah ke bandar dan Harun masih lagi menetap di kampung, namun perhubunga mereka sungguh akrab bagai henpedu lekat di hati.

Bagai halilintar membelah bumi.

Maksud : Bunyi yang sangat kuat atau berita yang amat mengejutkan.

Contoh ayat : Puan Izati menyifatkan berita kematian suaminya yang terbunuh dalam nahas kapal terbang itu bagai halilintar membelah bumi.

Friday, 4 November 2011

Bagai itik pulang petang.

Maksud : Berjalan terlalu lambat.

Contoh ayat : Adik berjalan bagai itik pulang petang sebab itulah akhirnya dia terpaksa didukung oleh ibu.

Bagai dihiris dengan sembilu.

Maksud : Perihal tentang hati atau perasaan yang sangat sedih dan pilu.

Contoh ayat : Perasaan Aida bagai dihiris dengan sembilu apabila mendapat tahu kekasihnya telah mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka.

Bagai dakwat dengan kertas.

Maksud : Tidak pernah berpisah atau sangat sesuai dan padan.

Contoh ayat : Sejak dari kecil lagi Ziana dan Nani selalu bersama bagai dakwat dengan kertas.

Bagai bumi dengan langit.

Maksud : Jurang perbezaan yang terlalu besar.

Contoh ayat : Jurang kekayaan di antara penduduk kampung dengan hartawan itu bagai bumi dengan langit.

Bagai bulan dipagari bintang.

Maksud : Seorang gadis cantik dikelilingi oleh gadis-gadis lain yang cantik.

Contoh ayat : Gadis yang dimahkotakan sebagai Ratu Cantik itu bagai bulan dipagari bintang apabila dikelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain.

Thursday, 3 November 2011

Bagai berumah di tepi tebing.

Maksud : Orang yang selalu berada dalam kebimbangan.

Contoh ayat : Akibat berhutang keliling pinggang, Hussin bagai berumah di tepi tebing kerana dia dicari oleh pemuitang.

Bagai aur di atas bukit.

Maksud : Serah diri kepada nasib atau takdir.

Contoh ayat : Setelah gagal mencari anaknya yang hilang, wanita itu kini berserah sahaja kepada nasib bagai aur di atas bukit.

Bagai anjing dengan kucing.

Maksud : Dua orang yang selalu bertengkar.

Contoh ayat : Perangai dua beradik itu bagai anjing dengan kucing, pantang berjumpa sahaja mereka pasti bertengkar.


Bagai anak ayam kehilangan ibu.

Maksud : Kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila dirinya kehilangan tempat bergantung.

Contoh ayat : Sejak kematian kedua ibu bapanya, hidup Salmah bagai anak ayam kehilangan ibu.