Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada yang Berusaha Guru Besar dan barisan Penolong Kanan, Penal Hakim penegak keadilan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Saya akan menyampaikan syaharan yang bertajuk "Faedah Membaca."
Warga dewan yang saya hormati,
Amalan membaca banyak faedahnya. Membaca akan menambahlkan pengetahuan kita. Misalnya dengan membaca surat khabar, kita akan mengetahui pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam dan juga di luar negara. Justeru, tidaklah kita menjadi seperi "katak di bawah tempurung."
Aktiviti membaca juga dapat meningkatkan mutu penulisan. Daripada bahan bacaan, pelbagai perbendaharaan kata akan kita temukan dan kita boleh menggunakannya semasa menulis. Oleh itu, karangan kita akan menjadi lebih menarik.
Rakan-rakan yang saya kasihi,
Amalan membaca juga dapat memenuhi masa lapang. Jika kita rajin membaca, kita tidak terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik. Sebagai pelajar, kita perlu menjadi ulat buku untuk menambah pengetahuan kita.
Di samping itu, mambaca juga membolehkan kita berhibur. Biasanya dalam majalah terdapat kisah yang mencuit hati. Oleh itu dengan membaca bahan-bahan sebegini kita akan terhibur dan fikiran kita menjadi lapang.
Hadirin yang saya hormati,
Bacalah buku untuk meluaskan pengetahuan. Sesungguhnya terdapat pelbagai ilmu di dalam buku. Membaca akan dapat menguasai dunia. Sekian syarahan saya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment